Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony Xperia XZ kini boleh dipra-tempah di Malaysia pada harga runcit RM2699

sony-xperia-xzSony Xperia XZ kini boleh dipra-tempah di Malaysia pada harga runcit RM2699

Sony Malaysia telah melancarkan Xperia XZ secara rasminya di Malaysia hari ini. Telefon pintar Sony Xperia XZ ini akan dijual di pasaran tempatan pada harga runcit RM2,699.

Sony Xperia XZ dilengkapi 5.2 inci dengan paparan HD penuh, dijana oleh pemproses Snapdragon 820 dan memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB dan 64GB.

Ia mempunyai 23MP kamera di bahagian belakang dengan sokongan rakaman video 4K. Manakala kamera hadapan untuk selfie ialah 13MP.

Xperia XZ menawarkan bateri bersaiz 2,900 mAh dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0. Selain itu, ia menyokong pengimbas cap jari, NFC dan kalis air dan habuk pada piawaian IP68.

Xperia XZ ini kini boleh dipra-tempah di pelbagai kedai Sony seluruh negara pada harga runcit RM2,699.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.