Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Meizu m3s dan M3 Note kini boleh dipra-tempah di Satu Gadget, harga bermula dari RM599

meizu m3 noteMeizu m3s dan M3 Note kini boleh dipra-tempah di Satu Gadget, harga bermula dari RM599

Salah satu kedai gajet terbesar di Malaysia, Satu Gadget kini telah membuka pra-tempahan bagi telefon pintar Meizu M3 Note dan M3s.

meizu-m3sMeizu M3s dilengkapi skrin bersaiz 5 inci dengan paparan HD 2.5D dan dijana oleh pemproses Mediatek MT6750 lapan teras. Ia mempunyai dua versi storan iaitu memori 2GB RAM dengan storan 16GB serta memori 3GB RAM dengan storan 32GB.

Peranti ini mengguna kamera belakang 13MP f/2.2 aperture,  dan kamera hadapan 5MP f/2.0 aperture untuk selfie. Ia mempunyai slot SIM hibrid yang boleh menyokong dwi SIM atau satu SIM tambah dengan kad mikroSD. Ia turut menyokong rangkaian 4G LTE.

Meizu M3s disertakan dengan bateri bersaiz 3,020 mAh dengan sokongan pengimbas cap jari mTouch 2.1. Peranti ini menggunakan Flyme OS berasaskan Android v5.1 (Lollipop) untuk operasi sistem dan ia terdapat dalam warna kelabu dan emas.

Meizu M3s ini datang dalam pilihan warna kelabu dan emas. Model 16GB Meizu M3s ini akan dijual pada harga RM 599, manakala versi 32GB berharga RM 749.

phone-gray_059adc3

Meizu M3 Note pula hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci yang dilapisi gelas 2.5D, pemproses Helio P10, GPU Mali T860 , memori RAM 3GB dan storan 32GB ( versi ini menggunakan cip memori eMMC 5.1).

Selain itu, pada bahagian kamera pula, Meizu M3 Note ini hadir dengan kamera yang mempunyai resolusi yang sama seperti M2 Note iaitu kamera utama 13MP dengan PDAF manakala kamera selfie adalah 5MP.

Meizu M3 Note juga hadir dengan sokongan SIM hibrid ( dua kad SIM atau satu SIM + satu MicroSD) dan ianya hadir dengan sokongan bagi kesemua rangkaian telekomunikasi di China ( 4G LTE dan VoLTE).

Selain itu, M3 Note ini juga memiliki bateri berkapasiti 4,100mAh , sensor capjari mTouch 2.1 pada butang ‘Home’.

Meizu M3 Note ini datang dengan pilihan warna emas, perak dan kelabu, ia akan dijual pada harga runcit RM849.

Bagi mereka yang membuat tempahan di Satu Gadget, anda akan menikmati hadiah “Early Bird Giftpack” yang bernilai sebanyak RM99! Kedua-dua model ini boleh didapati di pasaran tempatan pada 4 Oktober.

Jika anda berminat, sila layari laman web Satu Gadget untuk membuat tempahan sekarang!

meizu m3 note chart

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.