Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

iPhone 7 dan 7 Plus akan dilancarkan di Malaysia pada 14 Oktober, harga bermula dari RM3199

iphone-7-and-iphone-7-plus-01iPhone 7 dan 7 Plus akan dilancarkan di Malaysia pada 14 Oktober, harga bermula dari RM3199

Detik detik masa untuk menunggu iPhone 7 dan 7 Plus kini sudah berakhir. U Mobile hari ini telah memulakan proses pra-daftar minat melalui laman khusus mereka (ROI) untuk iPhone 7 dan iPhone 7 Plus.

U Mobile turut mengumumkan telefon pintar baru Apple ini boleh didapati di pasaran Malaysia bermula dari 14 Oktober 2016.

iPhone 6s dan iPhone 6s Plus telah dilancarkan di Malaysia pada 16 Oktober tahun lalu. Kini, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus bakal diperkenalkan di pasaran tempatan dua hari lebih awal daripada tarikh pelancaran iPhone 6s dan 6s Plus di Malaysia yang lalu.

Mengikuti maklumat terkini dari sumber, iPhone 7 dan 7 Plus ini terdapat tiga model ruangan storan termasuk 32GB, 128GB dan 256GB. Harga runcit untuk iPhone 7 akan bermula dari RM3,199. Manakala iPhone 7 Plus akan datang dengan harga bermula dari RM3,799.

Berikutlah adalah harga runcit iPhone 7 dan 7 Plus untuk pasaran Malaysia:

Apple iPhone 7

  • iPhone 7 32GB – RM3,199
  • iPhone 7 128GB – RM3,699
  • iPhone 7 256GB – RM4,199

Apple iPhone 7 Plus

  • iPhone 7 Plus 32GB – RM3,799
  • iPhone 7 Plus 128GB – RM4,299
  • iPhone 7 Plus 256GB – RM4,799

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.