Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor menawarkan 10,000 mAh powerbank dengan sokongan pengecasan pantas pada harga runcit RM199

honor quickcharge powerbankHonor menawarkan 10,000 mAh powerbank dengan sokongan pengecasan pantas pada harga runcit RM199

Hari ini, Honor Malaysia telah memperkenalkan sebuah powerbank yang mempunyai kapasiti sebesar 10,000mAh. Powerbank Honor ini datang dengan sokongan pengecasan pantas dan ia boleh didapati di Vmall Malaysia sekarang pada harga RM199.

screenshot-46

Menurut maklumat Honor Malaysia, powerbank baru Honor ini boleh mengecaskan 51 peratus bateri dalam masa hanya 30 minit. Manakala berbanding dengan powerbank yang biasa, ia hanya boleh mengecaskan 31 peratus bateri dalam masa yang sama.

Powerbank ini mengambil masa 3.5 jam untuk dicas penuh dengan pengecasan pantas melalui charger 9V/2A Huawei. Ia turut hadir dengan dua port input iaitu mikro USB dan USB Type-C.

Di sebelah tepi powerbank Honor ini terdapat 4 penunjuk LED yang menunjukkan tahap caj semasa. Apabila sebuah LED bertukar hijau, ia menunjukkan bahawa pengecasan pantas telah diaktifkan.

screenshot-47

screenshot-48

Bagi mereka yang berminat, anda boleh melayari laman web VMall.my untuk mengetahui infomasi lebih lanjut mengenainya.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.