Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lenovo Z2 Plus yang berspesifikasi tinggi dilancarkan pada harga runcit bermula dari RM 1,109

lenovo-z2-plus-launchLenovo Z2 Plus yang berspesifikasi tinggi dilancarkan pada harga runcit bermula dari RM 1,109

Lenovo telah melancarkan peranti baru yang dipanggil Lenovo Z2 Plus di India kelmarin. Lenovo Z2 Plus ini adalah telefon pintar yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 820.

Ia hadir dengan skrin 5 inci dengan paparan 1080p serta kaca 2.5D. Ia terdapat dua versi iaitu memori 3GB RAM dan storan 32GB serta memori 4GB RAM dan storan 64GB.

Untuk rakaman gambar, Lenovo Z2 Plus ini menggunakan kamera belakang 13MP dengan sokongan PDAF dan kamera hadapan 8MP. Bateri peranti ini berkapasiti 3,500 mAh dan ia juga datang dengan pengimbas cap jari.

Peranti ini menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dan ia mempunyai slot SIM hibrid.

Bagi versi 3GB RAM Lenovo Z2 Plus ini, ia akan dijual pada harga runcit INR 17.999 (kira-kira RM 1,109), manakala versi 4GB RAM Z2 Plus akan berharga INR 19,999 (kira-kira RM 1,232).

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.