Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Le Pro 3 dilancarkan dengan tawaran pemproses Snapdragon 821, memori 6GB RAM dan harga bermula dari RM1,122

LeEco-Le-Pro-3-1Le Pro 3 dilancarkan dengan tawaran pemproses Snapdragon 821, memori 6GB RAM dan harga bermula dari RM1,122

Baru baru ini, LeEco telah melancarkan Le Pro 3 dengan harga runcit bermula dari RM1,122. Le Pro 3 ini hadir dengan skrin 5.5-inci dengan paparan 1080p IPS serta kaca 2.5D di atas.

Dari segi spesifikasi, ia dijanakan oleh pemproses Snapdragon 821 2.35GHz dan GPU Adreno 530. Bateri ia adalah bersaiz 4,070mAh  dengan sokongan 24W QuickCharge 2.0.

Untuk rakaman gambar, peranti ini menggunakan kamera belakang 16MP dengan teknologi fokus pantas PDAF, manakala kamera hadapan pula adalah 8 megapixel.

le-pro-3-pricing-01

le-pro-3-pricing-special-edition

 

Berikutlah adalah variasi dan harga Le Pro 3 yang terdapat di pasaran:

-4GB RAM + 32GB – CNY 1,799 (sekitar RM1,122)
-6GB RAM + 64GB – CNY 1,999 (sekitar RM1,247)
-4GB RAM + 64GB versi “Zhang YiMou” – CNY 2,499 (sekitar RM1,560)
-6GB RAM + 128GB versi “Zhang YiMou” – CNY 2,999 (sekitar RM1,871)

Pilihan warna Le Pro 3 ini terdapat dalam 4 warna iaitu Perak, Kelabu, Ros Emas dan Emas.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.