• Home »
  • HTC »
  • HTC Desire 10 Pro dan Desire 10 Lifestyle dilancarkan

HTC Desire 10 Pro dan Desire 10 Lifestyle dilancarkan

HTC Desire 10 Lifestyle hadir dengan sokongan audio Hi-Res 24-bit dan sokongan HTC BoomSound H-Fi. Tetapi ia tiada sokongan pengimbas cap jari.

Desire 10 Lifestyle ini datang dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD, ia menggunakan pemproses Snapdragon 400, memori dalam pilihan 2GB atau 3GB RAM, dan ruangan storan dalam pilihan 16GB atau 32GB. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

htcdesire10pro2

HTC Desire 10 Pro pula dilengkapi skrin 5.5 inci dengan paparan 1080p, dijanakan oleh cip pemprosesan MediaTek Helio P10, memori dalam pilihan 3GB atau 4GB RAM, serta ruangan storan dalam pilihan 32GB atau 64GB.

Kemampuan optik ia adalah kamera belakang 20-megapixel dan kamera hadapan 13-megapixel. Perbezaan peranti ini dengan Desire 10 Lifestyle adalah ia turut menawarkan sokongan pengimbas cap jari.

HTC Desire 10 Lifestyle sudah bolehd didapati di beberapa negara bermula hari ini, manakala HTC Desire 10 Pro akan ditawarkan di pasaran dalam beberapa minggu lagi.

SUMBER RUJUKAN

Comments

comments

Share