• Home »
  • Lg »
  • LG G5 kini boleh didapati di Malaysia pada harga runcit RM2699

LG G5 kini boleh didapati di Malaysia pada harga runcit RM2699

LG G5 Malaysia

LG G5 kini boleh didapati di Malaysia pada harga runcit RM2699

LG G5 secara rasminya telah dilancarkan di pasaran Malaysia pada harga runcit RM2,699. LG Malaysia akan menawarkan sebuah Battery Charging Kit original yang bernilai RM299 secara percuma bagi mereka yang membeli LG G5 sekarang.

 

LG G5 hadir dengan skrin paparan Quad HD IPS Quantum berukuran 5.3-inci dan ianya hadir dengan teknologi skrin ‘always on’ yang diperkenalkan pada LG V10 dan teknologi ini hanya mempunai pengunaan bateri 0.8% sejam.

Selain itu, LG G5 juga hadir dengan teknologi kamera berkembar pada bahagian belakang dan unit kamera utama hadir dengan sensor 16MP dan mempunyai 75° Field of View (FoV) manakala kamera kedua di bahagian belakang hadir dengan sensor 8MP dan 135° Field of View (FoV).

Selain itu, LG G5 juga akan hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 820, 4GB RAM , 32GB memori simpanan dalaman dan slot microSD. Selain itu, LG G5 juga hadir dengan pengimbas capjari pada bahagian belakang selain bateri berkapasiti 2,800mAh.

LG G5 akan hadir dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

SUMBER

Comments

comments

Share