Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi Note 3 kini boleh didapati di Malaysia pada harga runcit RM699

redmi note 3 malaysiaRedmi Note 3 kini boleh didapati di Malaysia pada harga runcit RM699

Sempena sambutan Hari Malaysia, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan berita baik untuk pelanggan tempatan melalui Facebook bahawa Xiaomi Malaysia akan menurunkan harga runcit Redmi Note 3 dari RM749 ke RM699 mulai September 11.

Xiaomi Redmi Note 3 ini hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 650 serta skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci yang memiliki teknologi Sunlight Display. Ia mepunyai RAM iaitu 2GB RAM dan ruangan storan 16GB.

Redmi Note 3 juga hadir dengan kamera utama 16MP f/2.2 dengan teknologi pemfokusan PDAF selain lampu flash dwi-tona. Kamera selfie pula adalah 5MP.

Xiaomi Redmi Note 3 juga hadir dengan pengimbas cap jari pantas dengan tempoh pengaktifan hanya 0.3 saat.

Selain itu, Xiaomi Redmi Note 3 ini turut menyokong dwi-SIM hibrid, 4G LTE, Bluetooth 4.1, Bluetooth HID, WiFi 2.4GHz/5GHz dan hadir dengan sistem operasi MIUI 7.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.