Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

iPhone 7/7 Plus adalah telefon pintar terbaik daripada Apple!

Apple-iPhone-7-and-iPhone-7-Plus-imagesApple iPhone 7/7 Plus dilancarkan: iPhone 7/7 Plus kini kalis air dan debu, manakala iPhone 7 Plus hadir dengan dwi-kamera!

Apple baru memperkenalkan dua telefon pintar baru iaitu iPhone 7 dan 7 Plus hari ini yang telah lama dinanti-nantikan oleh para peminat iPhone.

iphone 7 IP67

Salah satu ciri-ciri baru yang menarik pada iPhone 7 dan 7 Plus kali ini adalah ia hadir dengan rekaan kalis air dan juga debu dengan pengiktirafan IP67. Selain itu, butang Home kini digantikan dengan butang berbentuk statik yang dijana menggunakan Taptic Engine.

Kemampuan optik iPhone 7 ini adalah kamera utama 12 megapixel dengan aperture besar f/1.8 yang disokong oleh penstabil imej-optikal, dan juga Flash empat-tona. iPhone 7 turut sedia dengan sokongan gambar RAW.

dual-cam

iPhone 7 Plus pula disertakan sokongan dwi-kamera di belakangnya untuk membolehkan ia merakamkan data tambahan dalam menghasilkan gambar yang lebih cantik dan jelas. Lensa kedua yang dikenali sebagai Telephoto membolehkan pengguna zoom pada gambar dengan jelas tanpa kehilangan sebarang perkara pada gambar berkenaan. Kamera selfie untuk iPhone 7 adalah sensor 7-megapixel.

Amat dikesali ialah iPhone 7 tidak lagi menyertakan sokongan audio-jack seperti model iPhone sebelumnya. Kini ia perlu menggunakan port Lightning untuk mendengar lagu. Apple turut memperkenalkan Apple Earpod dengan rekaan baru yang akan ditawarkan secara percuma bersama-sama pembelian telefon pintar iPhone 7 kelak.

Dari segi spesifikasinya, iPhone 7 menggunakan skrin 4.7 inci (paparan resolusi 750 x 1334 pixels) dan iPhone 7 Plus pula menggunakan skrin 5.5 inci (paparan resolusi 1080 x 1920 pixels). Apple menggunakan cip pemprosesan empat-teras yang dinamakan sebagai Apple A10 Fusion pada dua peranti iPhone baru ini.

Apple mengatakan iPhone 7 menawarkan masa bertahan bateri yang lebih lama berbanding semua iPhone sebelum ini.

iphone 7 stereo

iPhone 7 masih mengekalkan sokongan 3D Touch dan menawarkan speaker stereo. Bateri untuk iPhone 7 dan 7 Plus dikatakan dapat bertahan dalam tempoh masa pengunaan yang lebih lama berbanding semua iPhone sebelum ini.

iphone 7 plus colorApple akan menawarkan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus bermula dengan ruangan storan 32GB dan akan dijual pada harga bermula seperti iPhone 6s sebelum ini. Ia terdapat dalam 32GB, 128GB, dan juga 256GB tiga variasi storan.

Harga runcit dan tarikh jualan untuk kedua-dua iPhone 7 dan 7 Plus ini untuk pasaran tempatan masih belum diumumkan.

SUMBER RUJUKAN

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.