• Home »
  • Meizu »
  • Meizu M3 Max yang menawarkan skrin 6 inci dengan bateri bersaiz 4,100 mAh dijual pada harga runcit RM1036 !

Meizu M3 Max yang menawarkan skrin 6 inci dengan bateri bersaiz 4,100 mAh dijual pada harga runcit RM1036 !

meizu-max-001Meizu M3 Max yang menawarkan skrin 6 inci dengan bateri bersaiz 4,100 mAh dijual pada harga runcit RM1036 !

Meizu telah melancarkan phablet baru untuk pasaran China iaitu Meizu M3 Max. Peranti ini menawarkan skrin besar 6 inci dan bateri sebesar 4100 mAh.

Meizu M3 Max ini dilengkapi skrin 6 inci dengan paparan HD penuh, dijana oleh pemproses MediaTek Helio P10 dan memori 3GB RAM dan storan 64GB.

Untuk rakaman gambar, peranti ini menggunakan kamera 13 megapixel untuk bahagian belakang dan kamera hadapan pula adalah 5 megapixel. Bateri 4,100 mAh turut datang dengan pengecasan pantas.

meizu-max-002

M3 Max menggunakan Flyme OS 5.2 berasaskan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow. Ia juga menyokong dwi SIM dengan 4G VoLTE. Peranti ini turut dilengkapi dengna pengimbas cap jari yang terletak pada butang Home.

Untuk pilihan warna, Meizu M3 Max ini terdapat Champagne emas, Perak, kelabu dan ros emas. Harga telefon pintar Meizu ini adalah CNY 1,699 (kira-kira RM 1,036) dan ia akan bermula dijual di pasaran China pada 15 September.

SUMBER RUJUKAN

Comments

comments

Share