Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Malaysia memperkenalkan Honor 5A di Malaysia pada harga runcit RM599!

honor-5aHonor Malaysia memperkenalkan Honor 5A di Malaysia pada harga runcit RM599!

Hari ini, Honor Malaysia secara rasminya melancarkan Honor 8 untuk pasaran Malaysia. Selain daripada pengumuman telefon pintar utama Honor iaitu Honor 8, Honor Malaysia turut memperkenalkan sebuah peranti Honor berspesifikasi rendah iaitu Honor 5A.

Honor 5A hadir dengan skrin 5.5 inci paparan resolusi 720p. Ia dijanakan oleh pemproses lapan teras, memori 2GB RAM dan storan 16GB yang boleh diperluaskan sehingga 256GB melalui kad mikroSD.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 13 megapixel yang disokong oleh lampu Flash LED dan kamera hadapan 8 megapixel. Bateri peranti ini bersaiz 3,100 mAh.

Ia turut dilengkapi dwi SIM dengan sokongan rangkaian 4G LTE. Honor 5A ini menggunakan sistem operasi EMUI 4.1 berasaskan Android 6.0.1 Marshmallow.

Harga runcit Honor 5A ditetapkan pada RM599 untuk pilihan warna Hitam dan Putih, manakala warna emas pula akan dijual pada harga runcit RM629. Honor 5A boleh didapati di pasaran Malaysia bermula dari 28 September.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Vmall Malaysia.

warna honor 5A

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.