Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Wiko memperkenalkan Ufeel Prime dan Ufeel FAB di IFA 2016

Ufeel Prime

Wiko memperkenalkan Ufeel Prime dan Ufeel FAB di IFA 2016

Baru baru ini, Wiko Mobile telah memperkenalkan telefon pintar siri Ufeel yang terbaru iaitu Ufeel Prime dan Ufeel Fab di IFA 2016.

Wiko Ufeel Prime ini hadir dengan skrin IPS 5 inci paparan HD penuh. Ia dijanakan oleh pemproses Snapdragon lapan teras, memori 4GB RAM dan storan 32GB yang boleh diperluaskan sebesar 64GB melalui kad mikroSD.

Untuk rakaman gambar, ia mempunyai kamera belakang 13 megapixel dan kamera hadapan 8 megapixel yang disokong oleh lampu Flash LED. Ia mempunyai bateri bersaiz 3,000 mAh dan menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshamallow dengan pelancar Wiko UI.

 

Ufeel-FAB

Ufeel Fab pula dilengkapi skrin 5.5 inci dengan paparan resolusi 1080p. Ia menggunakan pemproses empat teras, memori 2GB RAM dan storan 16GB.

Kemampuan optiknya adalah kamera belakang 13 megapixel dan kamera hadapan 5 megapixel. Bateri peranti ini berkapasiti 4,000 mAh dan ia juga menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshamallow dengan pelancar Wiko UI.

Wiko Ufeel Prime akan dijual di pasaran Italy pada bulan November dengan harga runcit €249.99 ( sekitar RM 1,140). Manakala Ufeel Fab akan berharga €179.99 ( sekitar RM 820).

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.