Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

iPhone dikhabarkan mungkin hadir dengan sokongan kalis air

iPhone-7-Plus-Prototype-14-630x420iPhone dikhabarkan mungkin hadir dengan sokongan kalis air

Apple iPhone 7 akan diperkenalkan dalam tempoh masa beberapa hari lagi. Baru baru ini, desas desus yang terkini telah mengatakan bahawa iPhone 7 akan hadir dengan sokongan kalis air yang turut mengintegrasikannya pada telefon pintar Galaxy S7 dan Note 7 yang dikeluarkan oleh Samsung.

Apple dikatakan mungkin menyertakan sokongan kalis air IPX7 pada iPhone 7 ini. Ini bermaksud peranti terbaru Appple ini bakal menawarkan kebolehan untuk menggunakan iPhone ketika hujan renyai tanpa risau ia rosak, ataupun sekiranya terjatuh dalam air.

Sebelum ini, cuma Apple Watch sahaja yang hadir dengan sokongan kalis air. Adakah Apple iPhone 7 ini benar-benar hadir dengan kalis air ataupun sebaliknya? Jawapannya akan muncul pada 8 September 2016 pada acara pelancaran Apple kelak.

Sumber Rujukan: Macrumors

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.