Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ZTE Axon 7 dilancarkan di Malaysia pada harga runcit RM1999

zte-axon-7ZTE Axon 7 dilancarkan di Malaysia pada harga runcit RM1999

ZTE Malaysia telah melancarkan telefon pintar utama mereka tahun ini di Malaysia iaitu ZTE Axon 7. Peranti ini hadir dengan spesifikasi yang tinggi serta rekaan premium berasaskan logam.

Axon 7 dilengkapi dengan skrin 5.5 inci paparan Quad HD AMOLED serta dilindungi oleh Gorilla Glass 2.5D di atas. Ia dijanakan oleh pemproses Snapdragon 820 dan memori 4GB RAM dan storan 64GB UFS 2.0 yang boleh diperluaskan melalui kad mikroSD.

Kemampuan optik peranti ini adalah kamera belakang 20MP dengan sokongan OIS, EIS dan PDAF. Ia turut disokong oleh dwi LED flash serta boleh rakam video 4K. Kamera hadapan pula adalah 8 megapixel.

Axon 7 kini menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dan ia boleh dinaik taraf kepada Android versi 7.0 Nougat pada masa akan datang.

Ciri-ciri utama yang kelihatan di ZTE Axon 7 ini termasuk sepasang speaker hadapan dengan peningkatan bunyi Dolby ATMOS dan Digital Dolby Surround. Bateri peranti ini bersaiz 3,250 mAh dan menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0 melalui USB Type-C.

ZTE Axon 7 kini boleh didapati secara rasminya di Malaysia dengan harga runcit RM 1,999. Model warna emas kini boleh dipra-tempah mulai hari ini hingga 10 September 2016 di Lazada Malaysia. Manakala Model warna kelabu dijadual boleh didapati pada bulan Oktober.

SUMBER RUJUKAN

Comments

comments