Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony melancarkan Xperia XZ dan Xperia X Compact di IFA 2016!

sony-xperia-xz-ifa-2016-01

Sony melancarkan Xperia XZ dan Xperia X Compact di IFA 2016!

Sony telah melancarkan peranti yang terbaru di IFA 2016 iaitu Sony Xperia XZ dan Xperia X Compact.

sony-xperia-xz-ifa-2016-02

Sony Xperia XZ dilengkapi 5.2 inci dengan paparan HD penuh, dijana oleh pemproses Snapdragon 820 dan memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB dan 64GB.

Ia mempunyai 23MP kamera di bahagian belakang dengan sokongan rakaman video 4K. Manakala kamera hadapan untuk selfie ialah 13MP.

Xperia XZ menawarkan bateri bersaiz 2,900 mAh dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0. Selain itu, ia menyokong pengimbas cap jari dan kalis air dan habuk pada piawaian IP68.

Xperia XZ akan datang dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, perak dan biru, tapi harga runcit untuk peranti ini masih belum diumumkan.

sony-xperia-x-compact-ifa-2016-01

Sony Xperia X Compact pula hadir dengan skrin IPS 4.6 inci paparan 1280 x 720 pixel, dijana oleh pemproses Snapdragon 650 dan memori 3GB RAM dan storan 32GB. Peranti ini mempunyai 23MP kamera belakang dan kamera hadapan 5MP.

sony-xperia-x-compact-ifa-2016-02

Bateri Xperia X Compact ini bersaiz 2,700 mAh dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0 serta sokongan pengimbas cap jari.

Peranti akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan biru. Sony juga belum mengumumkan harga runcit untuk Xperia X Compact.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.