Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Malaysia bakal melancarkan Mi Max pada 1 September?

mi-max

Xiaomi Malaysia bakal melancarkan Mi Max pada 1 September?

Sebelum ini, MobileFokus telah melaporkan bahawa Xiaomi Mi Max sudah melepasi pengesahan SIRIM Malaysia, dan baru-baru ini Xiaomi Malaysia memberikan petanda peranti dengan keupayaan yang bersaiz lebih besar akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Ia mungkin diumumkan untuk pasaran tempatan pada 1 September 2016.

Xiaomi Mi Max ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 6.44-inci menjadikanya telefon pintar phablet pertama daripada Xiaomi.

Selain itu, Xiaomi Mi Max ini akan hadir didalam dua jenis pemproses iaitu pemproses Qualcomm Snapdragon 650 dan 652, 2 kapasiti RAM iaitu 3GB dan 4GB dan tiga kapasiti memori simpanan dalaman 32GB , 64GB dan 128GB.

Selain itu, Mi Max ini juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,850mAh iaitu 61% lebih kapasiti berbanding bateri yang dimiliki oleh Xiaomi Mi Note atau 71% lebih kapasiti berbanding bateri Apple iPhone 6s Plus.

Beralih kepada bahagian kamera, Mi Max akan hadir dengan kamera utama 16MP yang mempunyai pemfokusan PDAF manakala kamera hadapan adalah 5MP (lensa lebar 84 darjah).

Selain itu, Xiaomi Mi Max ini juga hadir dengan sensor capjari pada bahagian belakang, sensor inframerah , sokongan rangkaian 4G+ , MIUI 8 yang berasaskan Android Marshmallow  dan slot dwi-SIM.

Pihak Yes juga menyatakan Mi Max akan hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi. MobileFokus ramal peranti yang akan dilancarkan oleh Xiaomi Malaysia pada 1 September ini kelak kemungkinan besar ialah Mi Max.

Kini cuma apakah versi peranti yang akan memasuki pasaran tempatan tidak diketahui lagi buat masa ini.

SUMBER

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.