Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar Islam pertama dijual di Malaysia pada harga runcit RM488 sahaja

islamic phoneTelefon pintar Islam pertama dijual di Malaysia pada harga runcit RM488 sahaja

Kini, terdapat sebuah telefon pintar Android yang bercirikan Islam iaitu Ashna A7 diperkenalkan oleh PICO Gadget.

Design Ashna A7 datang dari Arab dan boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga RM488 sahaja dengan penawaran sebuah VR Headset secara percuma serta jaminan 1 tahun.

Peranti ini dilengkapi dengan pemproses lapan-teras 1.4GHz dan memori 2GB RAM serta storan 16GB yang boleh diperluaskan melalui kad mikroSD.

Ashna A7 ini hadir dengan skrin 5.5 inci dengan paparan HD. Ia juga menawarkan sensor degupan jantung dan pengimbasan cap jari yang jarang muncul dalam lingkungan harga di bawah RM500.

Untuk rakaman gambar, ia mempunyai kamera belakang 16 megapixel dan kamera hadapan 8MP yang disokong dengan lampu Flash. Bateri peranti ini bersaiz 2,600 mAh.

Diperkenalkan sebagai sebuah telefon pintar bercirikan Islam, Ashna A7 turut hadir dengan apps yang bercirikan Islam seperti Qibla, radio Quran, kalendar Islam dan alarm waktu solat.

Jika anda ingin membeli Ashana A7, ia boleh didapati di Lazada pada harga runcit RM488.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Ashna Mobile.

SUMBER

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.