Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Meizu melancarkan U10 dan U20 dengan harga runcit dari RM610

Meizu melancarkan U10 dan U20 dengan harga runcit dari RM610

Meizu telah mengumumkan telefon pintar berspesifikasi pertengahan iaitu U10 dan U20 yang menyasarkan pasaran pertengahan.

Meizu U10 dilengkapi dengan skrin 5.5 inci paparan HD penuh , pemproses lapan teras, memori 2GB dengan storan 16GB atau 3GB RAM dengan storan 32GB.

Untuk rakaman gambar, ia mempunyai kamera belakang 13 mega-pixel, kamera hadapan 5 mega-pixel, dan bateri bersaiz 2760mAh.

U10 dijual pada harga CNY 999 (kira-kira RM610) untuk versi 2GB / 16GB dan CNY1199 (kira-kira RM730) untuk versi 3GB / 32GB. Ia mempunyai pilihan warna hitam, putih, Champagne emas dan ros emas.

Meizu-U10-and-U20

Manakala Meizu U20 mempunyai spesifikasi yang mirip dengan Meizu U10 pada skrin paparan, kamera, memori RAM dan storan. Ia dijanakan oleh pemproses MediaTek MT6755 Helio P10 dan bateri kapasiti lebih tinggi iaitu 3,160mAh.

Meizu U20 berharga CNY1,099 (kira-kira RM670) untuk versi 2GB / 16GB, manakala versi 3GB / 32GB boleh didapati pada harga runcit CNY 1,299 (sekitar RM790).

Kedua-dua peranti Meizu baru ini boleh didapati di pasaran China pada Ogos 28.

SUMBER RUJUKAN

Comments

comments