• Home »
  • Lenovo »
  • Lenovo K5 Note kini boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga runcit RM639!

Lenovo K5 Note kini boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga runcit RM639!

lenovo K5 noteLenovo K5 Note kini boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga runcit RM639!

Lenovo K5 Note yang dilancarkan di pasaran China pada bulan Januari, kini ia boleh didapati di Satu Gadget pada harga runcit RM 639. Ia ditawarkan dalam pilihan warna emas dan Perak.

Lenovo K5 Note ini hadir dengan skrin paparan 1080p LTPS berukuran 5.5-inci, pemproses Helio P10 ,GPU Mali-T860, memori 2GB RAM, 16GB ruangan storan dan bateri berkapasiti 3,500mAh yang turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas.

Untuk rakaman gambar, ianya hadir dengan kamera utama 13MP f/2.2 manakala kamera selfie adalah 8MP.

Lenovo K5 Note ini juga dilengkapi sokongan dwi-SIM ,4G LTE termasuk VoLTE, dan pengimbas capjari di bahagian belakang yang turut mempunyai fungsi untuk mengambil gambar.

Selain itu, Lenovo K5 Note juga memiliki satu pembesar suara 1.5w yang hadir dengan sokongan audio Dolby Atmos.

SUMBER

Comments

comments

Share