Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan telefon pintar YES 4G pada harga runcit serendah RM188 !

yes-altitude-4G-01Dapatkan telefon pintar YES 4G pada harga runcit serendah RM188 !

Sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan disambut oleh semua rakyat Malaysia, YES kini telah mengadakan promosi “Merdeka & Malaysia Day Promotion” dengan penawaran telefon pintar Yes Altitude 4G LTE pada harga runcit serendah RM188 bersama dengan pelan pascabayar YES 4G LTE yang berharga RM68.

Peranti ini hadir dengan skrin IPS 5-inci paparan HD. Ia menyokong VoLTE untuk panggilan suara yang berdefinisi tinggi. Kualiti panggilan VoLTE ini 3 kali lebih baik daripada 3G dan 6 kali lebih baik daripada 2G.

Yes-Altitude_front-and-back-view-956x1024YES Altitude 4G ini turut dilengkapi fungsi dwi-SIM untuk memberi kemudahan dan fleksibiliti kepada pengguna dalam menguruskan kad SIM dengan memilih pelan data dan kadar panggilan suara yang terbaik di pasaran tempatan. Telefon pintar ini terdapat tiga pilihan warna iaitu emas, putih dan kelabu.

Jika anda ingin membeli Yes Altitude 4G pada harga runcit serendah RM188, anda boleh melanggani pelan pascabayar 68 Yes 4G LTE yang dilengkapi dengan kuota data bulanan tinggi daripada 16GB – 12GB untuk rangkaian 4G LTE dan 4GB untuk rangkaian 4G Broadband.

Pelan ini datang dengan kontrak 12 bulan, ia turut menawarkan SMS dan panggilan percuma tanpa had VoLTE (Voice-over-LTE).

Untuk maklumat lanjut sila layari: http://yes.my/altitude.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.