• Home »
  • Meizu »
  • Meizu Mix adalah Jam Tangan Pintar Dengan Muka Jam Analog yang dijual pada harga RM610

Meizu Mix adalah Jam Tangan Pintar Dengan Muka Jam Analog yang dijual pada harga RM610

meizu mix 01Meizu Mix adalah Jam Tangan Pintar Dengan Muka Jam Analog yang dijual pada harga RM610

Sebelum ini, Meizu dikatakan akan memperkenalkan jam tangan pintar tersendiri. Kini, Meizu telah menyenaraikan jam tangan pintar mereka yang pertama di Taobao melalui crowd funding.
meizu mix 02

Meizu Mix ini menggunakan jam analog dengan sokongan Bluetooth yang membolehkan pengguna menghubungkan telefon pintar mereka kepada jam tangan Meizu Mix ini.

Ia turut disertakan sebuah lampu LED untuk melihat notifikasi di tempat gelap, dan datang dengan sokongan gegaran.

meizu mix 03

Ciri-ciri lain yang terdapat dalam Meizu Mix ini termasuk sokongan kalis air, dan bateri tahan lasak yang mampu bertahan selama 240 hari!

Oleh sebab Meizu Mix ini menggunakan muka jam analog, ia dapat tahan untuk tempoh masa penggunaan yang lebih panjang daripada jam tangan pintar digital lain di pasaran.

meizu mix 04

Meizu Mix hadir dengan sebuah aplikasi khusus untuknya untuk memantau beberapa perkara seperti langkah perjalanan.

Meizu Mix ini harga akan bermula dari CNY999  (sekitar RM600).

SUMBER RUJUKAN

Comments

comments

Share