• Home »
  • LeTV »
  • LeEco Coolpad Cool 1 dilancarkan: Hadir dengan Dwi Kamera dan harga runcit dari RM 662!

LeEco Coolpad Cool 1 dilancarkan: Hadir dengan Dwi Kamera dan harga runcit dari RM 662!

cool1-spec-price-01LeEco Coolpad Cool 1 dilancarkan: Hadir dengan Dwi Kamera dan harga runcit dari RM 662!

Leeco bekerjasama dengan Coolpad untuk melancarkan telefon pintar mereka yang dinamakan Cool 1 di pasaran China.

LeEco Coolpad Cool 1 dilengkapi dengan skrin 5.5 inci Paparan resolusi HD penuh, dijana oleh pemproses Snapdragon 652. Ia mempunyai memori 3GB RAM dan storan 32GB.

Untuk rakaman gambar, peranti ini menggunakan dwi kamera 13MP seperti Huawei P9 dan Honor 8. Kamera hadapannya adalah 8 megapixel.

Bateri peranti ini bersaiz 4,060 mAh dan datang dengan sokongan pengimbas cap jari. Cool 1 menggunakan sistem operasi Android Marshmallow 6.0.1 dengan pelancar EUI 5.6. Ia turut hadir dengan USB Type-C.

cool1-spec-price-03

LeEco Coolpad Cool 1 terdapat dalam tiga pilihan memori. Untuk 3GB RAM dan storan 32GB dijual pada CNY 1,099 (kira-kira RM 662). Versi 4GB RAM dan storan 32GB akan berharga CNY 1,499 (kira-kira RM 902), manakala memori 4GB RAM dan storan 64GB dijual pada harga CNY 1,699 (kira-kira RM 1,023).

SUMBER RUJUKAN

Comments

comments

Share