Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 7 dijangka boleh didapati di Amerika Syarikat pada 23 September !

iPhone-7-Plus-Prototype-14-630x420Apple iPhone 7 dijangka boleh didapati di Amerika Syarikat pada 23 September !

Hari ini, AT&T telah meniriskan bahawa iPhone 7 mungkin akan dijual di pasaran Amerika Syarikat pada 23 September.

Pada minggu lepas, kami telah melaporkan iPhone 7 dijangka dilancarkan pada 7 September. Pra-tempahan dikatakan akan bermula pada 9 September iaitu dua hari selepas hari pelancarannya.

att-iphone-7-launch-630x328
IPhone 7 akan diperkenalkan dengan dua varian iaitu paparan bersaiz 4.7 inci dan 5.5 inci. Kedua-dua model iPhone 7 ini hadir dengan paparan 1080p. iPhone 7 dikatakan akan menyertakan butang Home dengan sokongan tindak-balas haptik, dan juga tidak akan menyertakan audio-jack.

Disamping itu, Apple turut dikatakan akan hadir dengan variasi iPhone yang menyertakan dwi-kamera.

Untuk ruangan storan, iPhone 7 akan mempunyai 4 varian kapasiti iaitu 32GB, 64GB, 128GB dan 256GB. iPhone 7 dijangka hadir dalam empat pilihan warna iaitu biru, perak, kelabu dan ros emas.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.