Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Webe dilancarkan secara rasmi di Malaysia: Menawarkan Data, panggilan dan SMS tanpa had dari RM 79!

tm-webe-official-launch-again-malaysia-002Webe dilancarkan secara rasmi di Malaysia: Menawarkan Data, panggilan dan SMS tanpa had dari RM 79!

Telekom Malaysia telah melancarkan Webe secara rasmi pada hari ini di Malaysia.

 

Webe akan menawarkan pelan pascabayar dengan penawaran panggilan, SMS dan data tanpa had dengan harga jualan RM 199 sebulan.

Jika anda ialah pelanggan TM yang mempunyai telefon pintar yang menyokong rangkaian 850MHz, anda akan dapat diskaun sebanyak RM120 dengan hanya perlu bayar RM 79 sahaja untuk harga sebulan.

Selain itu, pakej webe ini tiada kontrak. Bagi mereka yang ingin menambah talian tambahan untuk ahli keluarga, anda boleh mendapatkannya dengan harga jualan serendah RM 49 setiap bulan.

Bagi pengguna yang ingin menggunakan telefon sebagai WiFi hotspot, webe akan mengenakan caj tambahan pada RM 6 untuk 2 jam.

Pelan pascabayar Webe boleh didapati di pasaran tempatan pada Oktober 2016.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.