Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC bakal memperkenalkan HTC Desire 10 Lifestyle dan HTC Desire 10 Pro

htc-desire-10-lifestyle-pro-01HTC bakal memperkenalkan HTC Desire 10 Lifestyle dan HTC Desire 10 Pro

Selepas HTC melancarkan HTC 10 pada awal tahun ini, kini mereka sedang merancang untuk memperkenalkan sepasang telefon pintar yang berspesifikasi pertengahan dikenali sebagai HTC Desire 10 Lifestyle dan HTC Desire 10 Pro.

The HTC Desire 10 Lifestyle dikatakan akan dilengkapi dengan skrin 5.5 inci dengan paparan HD, dijana oleh pemproses Qualcomm dan ia akan mempunyai dua pilihan memori: 3GB RAM dengan storan 32GB atau 2GB RAM dengan storan 16GB.

htc-desire-10-lifestyle-pro-02

Peranti ini akan hadir dengan kamera belakang 13MP dengan LED flash dan kamera hadapan 5MP.

Di samping itu, HTC Desire 10 Lifestyle juga akan menggunakan pembesar suara Boomsound edisi Hi-Fi dengan sistem audio 24 bit.

Ia juga mempunyai pengimbas cap jari di bahagian belakang dan dijangka menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dengan pelancar HTC Sense UI.

HTC Desire 10 Lifestyle dan HTC Desire 10 Pro dijangka akan dilancarkan pada September 2016.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.