Gambar Google Nexus Sailfish tertiris

nexus-sailfish-cropped-leaksGambar Google Nexus Sailfish tertiris

Menurut desas desus sebelumnya, Google akan menawarkan dua telefon pintar Nexus pada tahun ini. Kedua-dua telefon pintar Google Nexus ini akan dinamakan sebagai Google Nexus Marlin dan Google Nexus Sailfish.

Kini, gambar Google Nexus Sailfish telah tertiris di internet dan ini adalah rupa pertama Google Nexus Sailfish.

Pada panel hadapan, ia mempunyai dagu yang agak panjang. Butang volume dan Power terdapat di sebelah kanan.

Sebelah kiri terdapat slot kad SIM. Di bahagian belakang kita dapat melihat kamera belakang dengan LED flash dan pengimbas cap jari.

Google Nexus Sailfish dikatakan akan hadir dengan skrin AMOLED 5 inci dengan paparan HD penuh, dijana oleh pemproses Snapdragon 820. Memori dilengkapi dengan 4GB RAM dan storan 32GB.

Google Nexus Sailfish ini juga akan menggunakan kamera 12 megapixel bagi panel belakang dan 8MP untuk kamera hadapan.

Nexus Sailfish akan menggunakan pelancar Nexus baharu dan dijangka akan dilancarkan pada 4 Oktober 2016.

SUMBER RUJUKAN

Comments

comments

Share