Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Malaysia melancarkan OPPO F1s di Malaysia pada harga runcit RM1198

099091

OPPO Malaysia melancarkan OPPO F1s di Malaysia pada harga runcit RM1198

Pada awal tahun ini, OPPO Malaysia telah memperkenalkan siri F yang hadir dengan fokus terhadap rakaman gambar selfie. Selepas pelancaran OPPO F1 di pasaran tempatan mendapat kejayaan besar, OPPO kini akan melancarkan penggantinya iaitu OPPO F1s.
oppo f1s 08

Oppo F1s dilengkapi skrin IPS 5.5-inci dengan paparan HD, dijanakan oleh pemproses MediaTek MT6750, memori 3GB RAM serta ruangan storan 32GB yang boleh diperluaskan dengan kad mikro-SD.

Ia turut dilengkapi pengimbas cap jari pada bahagian hadapan serta sokongan dwi-SIM.

oppo f1s 09

Kamera hadapan Oppo F1s adalah fokus utama peranti ini kerana ia menggunakan sensor 16-megapixel serta pencahayaan dari skrin sekiranya anda ingin merakamkan gambar pada keadaan malap. Kemampuan optik kamera belakang pula adalah lensa 13-megapixel yang menyokong teknologi PDAF.

oppo f1s 07

Bateri peranti ini bersaiz 3,075 mAh dan ia menggunakan sistem operasi Android 5.1 Lollipop dengan pelancar Color OS 3.0.

oppo f1s 03oppo f1s 02

It akan datang dengan dua pilihan warna iaitu emas dan ros emas. Harga runcit OPPO F1s di pasaran tempatan ditetapkan pada RM1,198.

Pra-tempahan bermula hari ini (10 Ogos) sehingga 19 Ogos. Bagi mereka yang berminat, anda kini boleh membuat pesanan anda melalui Lazada, 11street, Gemfive dan 600 pengedar rasmi OPPO.

oppo f1s 01

oppo f1s 06

oppo f1s 05

oppo f1s 04

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.