Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 8 bakal tiba di pasaran Malaysia pada hujung bulan ini !

201607091722359395259

EXCLUSIVE: Honor 8 to launch in Malaysia by end of August!

Honor 8 adalah telefon pintar utama tersendiri yang diperkenalkan oleh Honor tahun ini.

Hari ini, kami menerima satu maklumat eksklusif daripada sumber yang dipercayai mengatakan bawawa Honor 8 boleh didapati di Malaysia menjelang akhir bulan ini.

Peranti ini dijanakan oleh cip Huawei tersendiri yang berspesifikasi tinggi iaitu Kirin 950. Ia menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dengan pelancar EMUI 4.1.

Honor 8 dilengkapi dengan skrin LTPS yang bersaiz 5.2 inci dengan paparan HD penuh. Ia datang dengan kaca 2.5D yang terletak di atas skrinnya.

Telefon pintar yang terbaru dari Honor ini juga datang dengan dua memori dan ruangan storan untuk pilihan, iaitu: 3GB RAM/32GB storan atau 4GB RAM/64GB storan. Selain init, ia juga hadir dengan sokongan Kad MikroSD sebesar 128GB.

Fungsi-fungsi lain yang terdapat dalam Honor 8 ini termasuk NFC untuk penggunaan Huawei Pay. Turut hadir dalam peranti ini ialah sokongan IR blaster bagi menguruskan alat kawalan jauh di rumah.

Honor 8 bakal tiba di pasaran Malaysia pada hujung bulan ini ! 1

Untuk rakaman gambar, ia menawarkan dwi-kamera 12-megapixel f/2.2 pada bahagian belakang dan kamera hadapan adalah 8-megapixel f/2.4.

Honor 8 menggunakan bateri bersaiz 3,000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 9V2A. Pengukuran badan Honor 8 ialah 145.5 x 71.0 x 7.45 mm dan beratnya 153g.

Seperti peranti-peranti Huawei dan Honor lain yang berspesifikasi tinggi, Honor 8 turut dilengkapi dengan pengimbas caj jari pada panel belakang.

Honor 8 ini dijangka akan dijual di pasaran Malaysia pada harga runcit sekitar RM1, 700.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.