Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Maxis bekerjasama dengan YouTube untuk menghasilkan siri filem ROJAK 360°

Rojak360-1

Maxis bekerjasama dengan YouTube untuk menghasilkan siri filem ROJAK 360°

Maxis akan bekerjasama dengan YouTube dan pembikin filem terkemuka Malaysia untuk menghasilkan satu siri filem bertemakan Merdeka, dirakam sepenuhnya menggunakan kamera 360° tercanggih. Maxis akan bekerjsama dengan pembikin filem berikut dan juga sedang mencari filem-filem lain dari orang ramai:

  • The Ming Thing – Bintang YouTube dengan lebih 20 juta tontonan video
  • Junad Mohd Nor – Filemnya bertajuk Ikal Mayang’s Odah telah ditayangkan di Pesta Filem Antarabangsa Busan
  • Denes Kumar & Vimala Perumal – Pembikin filem Vetti Pasanga, sebuah filem box office Tamil

Menggunakan video 360​​° YouTube, Maxis ingin memperkuasakan rakyat Malaysia untuk “melihat Malaysia dari pelbagai perspektif yang berbeza”.

“Bertukar arah daripada penayangan filem-filem ini melalui cara konvensional seperti menayangkannya di pawagam, filem-filem pendek ini sebaliknya akan ditayangkan secara eksklusif melalui platform YouTube kepada penonton yang dianggarkan berjumlah 15 juta melalui skrin mudah alih mereka mulai 25 Ogos. Oleh kerana filem-filem yang menggunakan kamera 360° menghasilkan video yang benar-benar menyeluruh, ia adalah satu cara yang baik untuk menunjukkan betapa hebatnya rangkaian Maxis 4G yang memberikan pengalaman video yang lancar dan tanpa gangguan,” kata Sulin Lau, Ketua Perkhidmatan Pemasaran Maxis.

Rojak360-2

Untuk siri filem ini, pembikin filem telah mendapat inspirasi daripada kepelbagaian rakyat Malaysia dan akan berkongsikan cerita yang menunjukkan bahawa walaupun negara ini terdiri daripada pelbagai orang yang berbeza, kita masih boleh bersatu dan menerima perbezaan antara satu sama lain.

Maxis dan YouTube juga menjemput pelajar dan orang ramai untuk menghantar filem Merdeka mereka sendiri untuk peluang filem mereka ditayangkan bersama pembikin filem terkemuka ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai siri filem ROJAK 360° Maxis, sila layari www.maxis.com.my/rojak360.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.