Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Leagoo T1 dilancarkan di Malaysia: Hadir dengan pengimbas cap jari pada harga runcit RM 549

 

leagoo-t1-001-1024x768Leagoo T1 dilancarkan di Malaysia: Hadir dengan pengimbas cap jari pada harga runcit RM 549

Hari ini, Leagoo Malaysia telah melancarkan Leagoo T1 di pasaran Malaysia hari ini yang dilengkapi dengan pengimbas cap jari.

Leagoo T1 merupakan telefon pintar berspesifikasi rendah yang beroperasi menggunakan Android 6.0 Marshmallow. Ia turut disertakan capaian 4G LTE dan mempunyai badan aluminium-unibody.

The Leagoo T1 hadir dengan skrin bersaiz 5 inci dengan paparan 720p dan kaca 2.5D, diperkasakan oleh pemproses Mediatek empat teras 1.3GHz dan dilengkapi dengan memori 2GB RAM serta ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan sebesar 128GB melalui kad mikroSD.

Untuk rakaman gambar, ia mempunyai kamera belakang 13MP dengan dwi-LED flash dan kamera selfie 8MP dengan sokongan LED Flash juga.

leagoo-t1-02

Peranti ini turut menawarkan sensor cap jari yang boleh menyahkunci skrin dalam 0.19 saat. Ia juga dijanakan oleh bateri berkapasiti 2,400 mAh dan menyokong dwi-SIM serta menggunakan sistem operasi Android 6.0 dengan pelancar Leagoo OS 2.0.

Leagoo T1 mempunyai tiga pilihan warna iaitu champagne gold, rose gold dan titanium grey. Ia akan dijual di pasaran tempatan pada harga runcit RM 549.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.