Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Harga runcit Asus Zenfone 3 di pasaran Malaysia bermula dari RM1099 ?

ASUS_asus_zenfone_3Harga runcit Asus Zenfone 3 di pasaran Malaysia bermula dari RM1099 ?

Asus Malaysia akan melancarkan Zenfone 3 di pasaran tempatan pada bulan ini. Lazada Malaysia kini mendedahkan harga runcit Zenfone 3 akan bermula dari RM1,099.

Asus Zenfone 3 hadir dengan kaca 2.5D di panel hadapan dan belakang. Peranti ini menawarkan skrin IPS 5.5-inci paparan 1080p yang dijanakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 625 2.0GHz lapan-teras dengan GPU Adreno 506. Ia mempunyai memori 3GB RAM dengan ruangan storan 32GB. Ia turut dilengkapi pengimbas cap jari belakang dan bateri bersaiz 3,000 mah.

Asus-Zenfone-3-Deluxe

Untuk rakaman gambar, Asus ZenFone 3 menggunakan kamera belakang 16MP yang disokong oleh teknologi PixelMaster 3.0, OIS EIS, teknologi Tri-Tech, dwi-flash, rakaman video 4K dan banyak lagi. Kamera hadapan pula adalah 8MP.

Sistem operasi Zenfone 3 ini menggunakan ZENUI 3.0 berasaskan Android 6.0 Marshmallow. Ia juga mempunyai dwi-SIM yang menyokong rangkaian 4G LTE Cat. 6.

Asus ZenFone 3 akan dilancarkan di Malaysia pada 6 Ogos. Asus Malaysia dikatakan akan memperkenalkan beberapa model Zenfone 3 lain pada acara pelancaran Zenvolution ini kelak.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.