Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Hotlink dan Grab memperkenalkan Pokemobile untuk pemain Pokemon Go

hotlink-grab-pokemobile-01-1024x768

Hotlink dan Grab memperkenalkan Pokemobile untuk pemain Pokemon Go

Demi mencegah kejadian yang tidak diharapkan seperti kemalangan, Hotlink telah bekerjasama dengan Grab untuk memperkenalkan PokeMobile untuk pemain Pokemon Go.

Kini, pemain Pokemon Go boleh menaiki PokeMobile ke Pokestop yang terdekat secara percuma selama 2 hari apabila Pokemon Go dilancarkan secara rasminya di Malaysia.

hotlink-grab-pokemobile-02

Langkah berikutnya ialah cara untuk tempah PokeMobile:

  1. Pilih PokeMobile
  2. Pilih tempat Pick Up
  3. Pilih tempat Pokestop yang terdekat
  4. Cari, tangkap and latihkanlah pokemon anda

hotlink-grab-pokemobile-03hotlink-grab-pokemobile-04

Pemain Pokemon Go yang menggunakan Hotlink akan menerima Pokecoins bernilai RM100 jika mereka menggunakan perkhidmatan Pokemobile. HotLink juga akan memberi Pokemon Lures di lokasi rahsia untuk membantu pemain menangkap pokemon.

Selain itu, Hotlink juga menawarkan diskaun 10 peratus kepada pelanggan hotlink untuk membeli Pokecoins. Penawaran ini akan berakhir pada hujung tahun ini, dan ia hanya boleh didapati di Android sahaja.

Di samping itu, 10 peratus diskaun juga boleh digunakan di permainan lain seperti clash of clan, clash royale, candy crush, smule dan banyak lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.