• Home »
  • Lenovo »
  • Zuk Z2 Rio Edition dengan harga runcit RM970 adalah telefon pintar paling murah yang hadir dengan pemproses Snapdragon 820

Zuk Z2 Rio Edition dengan harga runcit RM970 adalah telefon pintar paling murah yang hadir dengan pemproses Snapdragon 820

 

zuk_z2_rio_4Zuk Z2 Rio Edition dengan harga runcit RM970 adalah telefon pintar paling murah yang hadir dengan pemproses Snapdragon 820

Lenovo telah melancarkan telefon pintar Android paling murah di dunia yang dilengkapi pemproses Snapdragon 820. Peranti ini ialah Zuk Z2 Rio Edition.

Ia boleh didapati di pasaran terpilih pada harga yang berpatutan dengan hanya USD 240 (sekitar RM970).

Zuk Z2 Rio Edition ini hadir dengan skrin 5-inci dengan paparan 1080p LTPS serta kaca 2.5D di atas. Ia diperkasakan oleh pemproses Snapdragon 820 dengan memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB. Bateri peranti ini sebesar 3,500 mAh dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0.

Untuk rakaman gambar, Zuk Z2 dilengkapi sensor ISOCELL 13MP f/2.2 dengan 0.1 saat fokus cepat (PDAF CAF), EIS dan 1.32um saiz pixel. Kamera hadapan pula adalah 8 megapixel.

Ia menggunakan sistem operasi ZUI 2.0 berasaskan Android 6.0 Marshmallow dan dikatakan akan diberi kemaskini untuk Android N pada masa yang akan datang. Ciri-ciri utama lain Zuk Z2 Rio Edition ini termasuk sensor cap jari U Sentuh 2.0 yang dipasang pada butang Home, dwi-SIM yang menyokong 4G LTE Cat. 6 dengan VoLTE, WiFi 802.11 a / b / g / n / ac (2.4 / 5 GHz), Bluetooth 4.1, GPS, USB 2.0 Type-C dan lain lain.

SUMBER RUJUKAN

Comments

comments

Share