Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Harga runcit Samsung Galaxy Note 7 di Taiwan akan bermula dari RM3,420 ?!

Galaxy note 7 renderHarga runcit Samsung Galaxy Note 7 di Taiwan akan bermula dari RM3,420 ?!

Hari ini, kami terdengar khabar angin dari Taiwan bahawa harga runcit Samsung Galaxy Note 7 akan bermula dari 26,900NT (sekitar RM3,420)!

https://www.youtube.com/watch?v=dTWyapuLNdI

Dalam video iklan Samsung yang terkini, Samsung ingin memberitahu pengguna bahawa Note 7 akan dilancarkan pada bulan Ogos ini.

Sebahagian daripada pengguna yang mengatakan bahawa tarikh sebenar akan 2hb Ogos, dan pra tempahan akan bermula pada 6 hingga 18 Ogos. Ia juga dikatakan boleh didapati di pasaran pada 19 Ogos.

Selain itu, iklan tersebut juga mengesahkan Galaxy Note 7 akan menggunakan pengimbas cap jari dengan penggunaan corak input untuk log masuk ke peranti yang agak sukar. Dengan ini, mungkin Samsung ingin memberikan petanda bahawa pengimbas mata adalah cara yang lebih senang dan cepat untuk menyahkunci peranti.

Samsung Galaxy Note 7 diperlihatkan kemungkinan akan mempunyai selfie flash. Untuk kegunaan Stylus Galaxy Note 7 ini, Samsung turut akan menambahkan fungsi baru S-Pen.

Video iklan teaser turut memaparkan bahawa Note 7 akan hadir dengan ciri kalis air.

Jikalau Galaxy Note 7 harga bermula dari RM3,420, ia akan menjadi peranti siri Galaxy Note paling mahal yang dilancarkan oleh Samsung!

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.