• Home »
  • Blackberry »
  • BlackBerry DTEK50, telefon pintar Android yang fokus terhadap sekuriti dijual pada harga runcit RM1220

BlackBerry DTEK50, telefon pintar Android yang fokus terhadap sekuriti dijual pada harga runcit RM1220

BlackBerry_DTEK50_Angle1_onWhite_revBlackBerry DTEK50, telefon pintar Android yang fokus terhadap sekuriti

BlackBerry telah memperkenalkan telefon pintar Android tersendiri yang kedua, iaitu BlackyBerry DTEK50. Peranti yang berasaskan sistem operasi Android ini memfokuskan kepada ciri-ciri keselamatan, sekuriti dan privasi.

BlackBerry_DTEK50_Angle2_onWhite_rev

BlackBerry DTEK50 ini menyertakan papan kekunci pintar maya yang boleh mempelajari gaya pengguna berdasarkan kepada input mereka.

Rekaan badan peranti ini sama seperti Alcatel Idol 4 sebenarnya. Ia juga terdapat satu butang fizikal dinamakan sebagai BlackBerry Convenience Key di bahagian tepi yang boleh mengakses kepada aplikasi dan tugasan yang sering digunakan.
BlackBerry_DTEK50_Angle3_onWhite_revSpesifikasi BlackBerry DTEK50 ini adalah dilengkapi skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan HD penuh, diperkasakan oleh cip Snapdragon 617, memori 3GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, serta bateri bersaiz 2,610mAh.

Ia menggunakan Android 6.0 Marshmallow dan juga mempunyai ciri-ciri popular BlackBerry seperti BlackBerry Hub, BlackBerry Calendar dan sebagainya.

BlackBerry DTEK50 ini kini ditawarkan pada harga USD299 ( sekitar RM1,220) dan boleh dipra-tempah di Amerika Syarikat, Kanada, Perancis, Jerman, Sepanyol, Itali dan Netherlands.

Comments

comments

Share