Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi Pro diperkenalkan di China dengan harga runcit dari RM915

redmi pro 07

Redmi Pro diperkenalkan di China dengan harga runcit dari RM915

Xiaomi telah melancarkan telefon pintar yang baru iaitu Redmi Pro. Redmi Pro ini merupakan telefon pintar yang berspesifikasi lebih tinggi tapi dijual dengan harga runcit yang berpatutan dari CNY1,499 (sekitar RM915).

redmi pro 10

Rekaan badan Redmi Pro ini mempunyai tubuh yang tahan lasak diperbuat daripada logam sepenuhnya.

redmi pro 06redmi pro 05

Redmi Pro ini hadir dengan skrin 5.5-inci paparan OLED HD penuh. Skrin OLED baru ini memberi paparan yang lebih jelas berbanding skrin LCD yang biasa.

redmi pro CPU 02 redmi pro GPU

Ia dijanakan oleh pemproses deca-core Helio X20 atau X25 serta GPU Mali-T880. Peranti ini turut dilengkapi memori 3GB/4GB RAM, ruangan storan pilihan 32GB/64GB/128GB dan bateri bersaiz 4,050 mAh.

redmi pro camera 03 redmi pro camera 02

Untuk rakaman gambar, Xiaomi telah menggunakan sistem dwi kamera pada bahagian belakang Redmi Pro ini. Ia menawarkan sensor Sony IMX258 13 megapixel sebagai sensor kamera utama dan sensor Samsung 5 megapixel untuk kamera keduanya. Kegunaan sistem dwi-kamera sama seperti Honor 6 Plus iaitu merakamkan gambar dengan lebih banyak data, dan pada masa yang sama memilih ingin memfokuskan kemana menggunakannya. Ia juga dapat menangkap gambar bokeh yang kelihatan lebih kurang sama dengan gambar kamera DSLR.

redmi pro 08

Peranti ini turut menyokong rangkaian 4G LTE, dan juga slot kad mikroSD boleh diubah untuk digunakan sebagai slot kad-SIM kedua.

redmi pro USB Type C

Di samping itu, peranti ini juga hadir dengan pengimbas cap jari di hadapan, slot USB Type-C dan sistem operasinya menggunakan MIUI 8 yang berasaskan Android 6.0 Marshmallow.

redmi pro color

Redmi Pro ini datang dengan pilihan warna emas, perak dan kelabu. Ia mempunyai 3 model iaitu:

  • Pemproses X20, 3GB RAM dan 32GB ROM = CNY1,499 (sekitar RM915)
  • Pemproses X25, 3GB RAM dan 64GB ROM = CNY1,699 (sekitar RM1,038)
  • Pemproses X25, 4GB RAM dan 128GB ROM = CNY1,999 (sekitar RM1,221)

Redmi Pro akan mula dijual di pasaran China pada 6 Ogos.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.