Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Harga runcit Asus Zenfone 3 di Malaysia akan bermula dari RM1599 ?!

ASUS_asus_zenfone_3

Harga runcit Asus Zenfone 3 di Malaysia akan bermula dari RM1599 ?!

Mengikuti maklumat eksklusif dari sumber, Asus Zenfone 3 yang akan diperkenalkan di Malaysia akan dijual pada harga runcit bermula dari RM1,599!

Ini menunjukkan bahawa Asus ingin menolak siri Zenfone untuk menggantikan siri Padfone sebagai siri telefon pintar utama yang baru.

Asus Zenfone 3 hadir dengan kaca 2.5D di panel hadapan dan belakang. Peranti ini menawarkan skrin IPS 5.5-inci paparan 1080p yang dijanakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 625 2.0GHz lapan-teras dengan GPU Adreno 506. Ia mempunyai memori 3GB / 4GB RAM dengan ruangan storan 32GB / 64GB. Ia turut dilengkapi pengimbas cap jari belakang dan bateri bersaiz 3,000 mah.

Asus-Zenfone-3-Deluxe

Untuk rakaman gambar, Asus ZenFone 3 menggunakan kamera belakang 16MP yang disokong oleh teknologi PixelMaster 3.0, OIS EIS, teknologi Tri-Tech, dwi-flash, rakaman video 4K dan banyak lagi. Kamera hadapan pula adalah 8MP.

Sistem operasi Zenfone 3 ini menggunakan ZENUI 3.0 berasaskan Android 6.0 Marshmallow. Ia juga mempunyai dwi-SIM yang menyokong rangkaian 4G LTE Cat. 6.

Asus ZenFone 3 dikatakan akan dilancarkan di Malaysia pada 6 Ogos. Jika harga runcit Zenfone 3 ini bermula dari RM1,599, siapa ingin membelinya?

SUMBER RUJUKAN MDROID

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.