Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Phablet 6-inci ZTE ZMAX Pro dilancarkan dengan USB Type-C, pengimbas cap jari dan harga runcit RM399 saja !

zte-zmax-pro-01

Phablet 6-inci ZTE ZMAX Pro dilancarkan dengan USB Type-C, pengimbas cap jari dan harga runcit RM399 saja !

ZTE telah melancarkan ZTE ZMAX Pro yang mempunyai 6 inci paparan HD penuh, USB Type-C dan pengimbas cap jari. Peranti ini menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 617 lapan-teras.

zte-zmax-pro-02

ZTE ZMAX Pro menggunakan sistem operasi Android Marshmallow 6.0. Peranti ini dilengkapi dengan 2GB RAM dan ruangan storan 32GB yang menyokong kad mikroSD. Ia juga mempunyai kamera belakang 13MP dengan sokongan PDAF dan kamera hadapan 5MP.

zte-zmax-pro-03

Selain daripada itu, bateri peranti ini bersaiz 3,400 mAh dan menggunakan USB Type-C. Ia juga dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari.

ZTE ZMAX Pro boleh didapati di MetroPCS pada 1 Ogos 2016 dengan harga runcit USD99 (sekitar RM 399).

SUMBER

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.