Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

MaybankPay dilancarkan secara rasmi di Malaysia

maybankpayMaybankPay dilancarkan secara rasmi di Malaysia: Kini kita dapat membayar menggunakan telefon pintar melalui MayBankPay!

Hari ini, Maybank telah memperkenalkan perkhidmatan baru yang dinamakan sebagai MaybankPay. Perkhidmatan baru ini berfungsi seumpama dengan Apple Pay, Samsung Pay atau Android Pay. Pengguna dapat menyimpan kad kredit atau debit pada telefon pintar, dan menggunakan perkhidmatan MaybankPay ini untuk membuat pembayaran.

MaybankPay merupakan perkhidmatan dompet digital mudah-alih yang buat kali pertama diperkenalkan di Malaysia. Yang masih tidak diketahui lagi adalah sama ada pengenalan ini akan memberikan kesan kepada kerjasama Maybank dengan penyedia lain seperti Apple Pay pada masa akan datang.

MaybankPay ini hanya menyokong peranti Android sahaja buat masa ini dan ia menggunakan sokongan NFC untuk tujuan pembayaran.

Ia menyokong kad Visa Debit, Visa Credit dan juga Visa Prepaid, serta untuk melakukan pembayaran, pengguna perlu tap pada terminal Visa PayWave.

Maybank menyatakan bahawa mereka akan memperluaskan perkhidmatan MaybankPay ini kepada lebih banyak lokasi dengan menawarkan lebih banyak terminal pembayaran dari bulan ke bulan.

Jika anda ingin mencuba perkhidmatan MaybankPay ini, anda boleh hadirkan diri ke Maybank Treats Fair yang berlangsung di MidValley pada penghujung minggu ini.

SUMBER RUJUKAN: AMANZ

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.