Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pembukaan Rasmi DirectD’s Asus Concept Store ditetapkan pada 22 Julai: Tawaran dan diskaun hebat produk Asus menanti anda!

directd-asus-01Pembukaan Rasmi DirectD’s Asus Concept Store ditetapkan pada 22 Julai: Tawaran dan diskaun hebat produk Asus menanti anda!

Asus telah bekerjasama dengan DirectD untuk membuka outlet runcit eksklusif yang pertama untuk menyediakan keperluan pengguna bagi pelbagai gadget seperti komputer, telefon bimbit dan aksesori.

Kedai konsep Asus ini akan dibuka secara rasmi pada Jumaat (22 Julai 2016) dan ia terletak di SS15, Subang Jaya. Sehubungan ini, DirectD akan menawarkan 50% diskaun eksklusif kepada pelanggan-pelanggan seperti berikut:

  • 5 pembeli pertama Asus Zenfone Max boleh mendapatinya pada harga RM 399 (RRP: RM 799)
  • 5 pembeli pertama Asus Zenfone Go 4.5 (5MP) boleh mendapatinya pada harga RM 149 (RRP: 299)
  • 5 pembeli pertama Asus Padfone S Plus boleh mendapatinya pada harga RM 599  (RRP: RM 1,199)
  • Asus Zenpower (9,600 mAh) dijual pada harga RM 39 (RRP: RM 79) untuk 50 pembeli pertama

Selain daripada promosi di atas, dalam hari pembukaan semua model Asus akan ditawarkan pada harga diskaun istimewa. DirectD juga akan memberi Asus Zenpower percuma untuk sepuluh I’M Members pertama yang pakai baju warna biru.

Tidak ketinggalan juga adalah contest Facebook yang memberi peluang peserta untuk memenangi Hadiah-hadiah hebat seperti Zenfone Selfie, Zenfone Laser dan Zenfone Go 4.5!

Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi DirectD dan laman web Facebook DirectD.

Sementara itu, bagi mereka yang ingin tahu lokasi kedai konsep Asus DirectD ini boleh merujuk alamat di bawah:

DIRECTD RETAIL & WHOLESALE SDN BHD

NO.79, SS15/4B, SUBANG JAYA, 47500 SELANGOR

Majlis Perasmian bermula pada 11:00 am

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.