Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi Note 4 spesifikasi tertiris: Akan hadir dengan Helio X20!

xiaomi-redmi-note-4-002

Redmi Note 4 spesifikasi tertiris: Akan hadir dengan Helio X20!

Xiaomi akan mengadakan acara Pelancaran di Beijing pada 27 Julai 2016. Mereka akan melancarkan dua produk baru iaitu Xiaomi Mi Notebook dan satu lagi adalah Redmi Note 4.

Kini, pembungkusan kotak Redmi Note 4 dan spesifikasi Redmi Note 4 telah tertiris. Berdasarkan gambar di atas, Badannya berwarna emas dan berspesifikasi tinggi. Redmi Note 4 ini akan dilengkapi dengan skrin 5.5 inci paparan 1080p, dijanakan pemproses Helio X20 sepuluh teras dan memori 3 GB RAM dan ruangan storan 64 GB.

xiaomi-redmi-note-4-001

Redmi Note 4 mempunyai kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 5MP. Peranti ini turut menyokong pengimbas cap jari dan dwi SIM kad. Redmi Note 4 juga mempunyai badan logam yang kelihatan seperti Redmi Note 3.

Terdapat sesetengah pengguna internet bercakap bahawa peranti ini mungkin bukan model spec tertinggi Redmi Note 4. Model spec yang berspesifikasi tertinggi dijangka akan hadir dengan cip pemprosesan Helio X25 sepuluh teras dan memori 4GB RAM dan storan 128GB. Bateri peranti ini berkapasiti 4,100 mAh.

Ia juga kemungkinan akan menggunakan dwi kamera dan sensor cap jari hadapan. Ia turut akan menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.