Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Acara Asus Zenvolution pada 8 Ogos dijangka akan melancarkan siri Zenfone 3

zenvolutionAcara Asus Zenvolution pada 8 Ogos dijangka akan melancarkan siri Zenfone 3

Asus Malaysia menjadualkan 6 Ogos 2016 yang akan datang ini untuk mengadakan acara Zenvolution. Ia dikatakan bahawa Asus akan memperkenalkan sejumlah produk baru mereka untuk pasaran Malaysia.

asus-zenfone-3-02

Produk Asus yang terbaru ini dikhabarkan adalah siri Zenfone 3. Ia dikemaskini dan hadir dalam tiga variasi, iaitu Zenfone 3 Deluxe, Zenfone 3 dan Zenfone 3 Ultra. Asus Zenbook 3 juga dikatakan akan dilancarkan pada acara tersebut.

Bagi sesiapa yang ingin hadirkan diri dalam acara ini, Asus Malaysia telah membuka pendaftaran minat kepada mereka yang ingin turut hadir ke acara Zenvolution yang dijadualkan pada 6 Ogos 2016 kelak, di Kuala Lumpur Convention Center.

Anda boleh membuat pendaftaran di laman Facebook Asus Malaysia sekarang dan berpeluang hadirkan diri untuk acara pelancarannya kelak.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.