Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Harga runcit Xiaomi Mi 4i 16GB turun ke RM599!

xiaomi-mi4i_01-650x433

Harga runcit Xiaomi Mi 4i 16GB turun ke RM599!

Xiaomi Mi 4i telah diperkenalkan di pasaran Malaysia pada bulan Mei 2015 tahun lepas. Harga pelancaran Xiaomi Mi 4i adalah RM749. Kini, selang setahun lebih, Xiaomi telah menurunkan harga runcit Mi4i versi 16GB pada harga serendah RM599.

xiaomi-mi4i_02-650x433

Xiaomi Mi 4i hadir dengan skrin 5 inci paparan HD penuh, dijanakan oleh pemproses Snapdragon 615, memori 2GB RAM dan ruangan storan 16GB. Bateri peranti ini bersaiz 3,120 mAh.

Harga versi 32GB Mi4i masih kekal pada RM 899. Terdapat dua warna pilihan untuk Mi4i iaitu kelabu dan putih. Bagi mereka yang ingin membeli sekarang, boleh rujuk sini.

SUMBER

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.