Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note 7 akan dilancarkan secara rasmi pada 2 Ogos !

Samsung-Unpacked-2016-Galaxy-Note-7-Launch

Samsung Galaxy Note 7 akan dilancarkan secara rasmi pada 2 Ogos !

Sejak beberapa minggu yang lalu, sudah terdapat beberapa gambar Samsung Galaxy Note 7 tertiris di internet. Kini, Samsung telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan Samsung Galaxy Nota 7 pada 2 Ogos di New York pada acara Samsung Unpacked 2016 New York.

Oleh sebab Samsung ingin menyelarikan penggunaan nombor siri pada keluarga peranti mereka, agar pengeluar telefon terbesar di dunia ini dapat melengkapkan keluarga penawaran siri telefon pintar Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge sebelum ini.

galaxy-note-7-leak-2

Ini adalah buat kali pertama Samsung melompat satu nombor dalam penamaan peranti. Galaxy Note 7 dikatakan akan terbina skrin dwi-lengkung dan pengimbas anak mata.

Acara tersebut akan diadakan pada pukul 11 EDT di New York (waktu tempatan adalah pukul 23:00 pada hari yang sama). Bagi mereka yang ingin menonton siaran langsung pelancaran Galaxy Note 7, boleh mengikuti www.samsung.com atau Samsung Newsroom.

Berikutlah gambar sebenar Galaxy Note 7 terbaru yang tertiris di internet:

samsung-galaxy-note7-01 samsung-galaxy-note7-02 samsung-galaxy-note7-03 samsung-galaxy-note7-04 samsung-galaxy-note7-05

SUMBER RUJUKAN, SUMBER GAMBAR

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.