Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor melancarkan Honor 8 yang menawarkan Dwi-Kamera Belakang, Cip Kirin 950 dengan harga jualan dari RM1191

201607091722359395259

Honor melancarkan Honor 8 yang menawarkan Dwi-Kamera Belakang, Cip Kirin 950 dengan harga jualan dari RM1191

Hari ini, Honor telah memperkenalkan telefon pintar utama mereka iaitu Honor 8 di Shanghai. Ia merupakan telefon pintar yang cantik serta hadir dengan dwi-kamera belakang menyerupai Honor V8, Huawei P9 dan P9 Plus.

Peranti ini dijanakan oleh cip Huawei tersendiri yang berspesifikasi tinggi iaitu Kirin 950. Ia menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dengan pelancar EMUI 4.1.

Honor 8 dilengkapi dengan skrin LTPS yang bersaiz 5.2 inci dengan paparan HD penuh. Ia datang dengan kaca 2.5D yang terletak di atas skrinnya.

Telefon pintar yang terbaru dari Honor ini juga datang dengan dua memori dan ruangan storan untuk pilihan, iaitu: 3GB RAM/32GB storan atau 4GB RAM/64GB storan. Selain init, ia juga hadir dengan sokongan Kad MikroSD sebesar 128GB.

Fungsi-fungsi lain yang terdapat dalam Honor 8 ini termasuk NFC untuk penggunaan Huawei Pay. Turut hadir dalam peranti ini ialah sokongan IR blaster bagi menguruskan alat kawalan jauh di rumah.

 

honor-8-official-1

Untuk rakaman gambar, ia menawarkan dwi-kamera 12-megapixel f/2.2 pada bahagian belakang dan kamera hadapan adalah 8-megapixel f/2.4.

Honor 8 menggunakan bateri bersaiz 3,000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 9V2A. Pengukuran badan Honor 8 ialah 145.5 x 71.0 x 7.45 mm dan beratnya 153g.

Seperti peranti-peranti Huawei dan Honor lain yang berspesifikasi tinggi, Honor 8 turut dilengkapi dengan pengimbas caj jari pada panel belakang.

Versi 3GB RAM/32GB storan datang dengan harga jualan CNY1999 (sekitar RM1191) manakala model 4GB RAM berharga CNY2299 (sekitar RM1373) untuk storan 32GB. Versi 4GB RAM dengan storan 64GB pula dijual pada harga CNY2,499 (sekitar RM1492).

Warna pilihan Honor 8 yang ditawarkan adalah Charm Navy, Streamer Gold, Pearl White, Phantom Black, and Cherry Pink. Jualan di pasaran China secara rasmi bermula dari 19 Julai.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.