Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy J2 2016 yang berharga RM582 dilancarkan di India dengan sokongan Smart Glow

samsung_galaxy_j2_2016_frontSamsung Galaxy J2 2016 yang berharga RM582 dilancarkan di India dengan sokongan Smart Glow

Samsung telah melancarkan telefon pintar terbaru iaitu Galaxy J2 (2016) bersama tablet Galaxy J Max di India pada hari ini.

Galaxy J2 (2016) ini hadir dengan skrin 5-inci dengan paparan HD. Ia dijanakan oleh cip pemprosesan 1.5GHz Spreadtrum SC8830, memori 1.5GB RAM dan ruangan storan dalaman 8GB yang boleh ditambahkan dengan kad mikro-SD.

samsung_galaxy_j2_2016_screen

Kamera belakang peranti ini adalah 8-megapixel dan kamera hadapan pula ialah 5-megapixel. Telefon pintar berspesifikasi rendah ini turut dilengkapi dengan sokongan rangkaian LTE.

Di samping itu, ia juga menyokong Ultra Data Saving yang membolehkan penggunaan data untuk melayari lebih banyak web berbanding peranti lain.

Salah satu fungsi khusus menarik yang terdapat dalam peranti ini ialah Smart Glow. Smart Glow ini sebenarnya ialah sebuah lampu LED pada bahagian kamera belakang dan pengguna dapat mengawal paparan warna lampu untuk sesuatu aplikasi atau notifikasi.

Harga jualan Galaxy J2 (2016) ini ialah Rs. 9,750 (sekitar RM582) untuk pasaran India. Ia mungkin akan dilancarkan di pasaran lain seperti Malaysia pada masa depan yang dekat kelak.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.