Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC Desire 830 Dual memasuki pasaran Malaysia dengan harga jualan RM1,099

htc desire 830HTC Desire 830 Dual memasuki pasaran Malaysia dengan harga jualan RM1,099

HTC telah memperkenalkan telefon pintar berspesifikasi Pertengahan di pasaran Malaysia iaitu Desire 830 Dual. Harga jualan peranti ini ditetapkan pada RM1,099  dan datang dengan warna Cobalt White, Sunset Blue dan Black Gold.

Dari segi spesifikasi, HTC Desire 830 Dual hadir dengan skrin 5.5-inci Super LCD dengan paparan HD penuh, dijanakan oleh cip pemprosesan 1.5GHz lapan teras, memori 3GB RAM, ruangan storan dalaman 32GB yang menyokong kad mikroSD sebesar 2TB. Bateri peranti ini bersaiz 2,800 mAh dan ia disertakan dengan sistem pengecasan pantas 5V/1.5A.

htc desire 830 02Kemampuan optik peranti ini termasuk kamera belakang 13-megapixel yang menyokong penstabilan imej optikal, dan kamera hadapan 4MP-Ultrapixel f/2.0.

Telefon pintar ini menggunakan sistem operasi Android Marshmallow dengan sokongan antaramuka HTC Sense. It turut hadir dengan sokongan BoomSound yang menawarkan sokongan audio yang menghiburkan.

Di samping itu, Desire 830 Dual ini dilengkapi dengan sokongan dwi-SIM dan rangkaian 4G LTE.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.