Gambar sebenar komputer riba Xiaomi tertiris?

xiaomi-notebookGambar sebenar komputer riba Xiaomi tertiris?

Xiaomi telah dikhabarkan akan melancarkan komputer riba tersendiri yang pertama pada separuh kedua tahun 2016 dalam tempoh beberapa bulan yang lalu.

Kini, gambar pertama komputer riba Xiaomi yang sebenar ini telah terlihat disertakan dengan pendedahan beberapa perkara terhadap peranti itu.

Kelihatan komputer riba Xiaomi ini lebih kurang mengikuti inspirasi rekaan dari Apple Macbook Pro.

Binaan badan peranti ini menggunakan rekaan logam yang berwarna perak dengan Mi logo di hadapan sama seperti yang terlihat dengan siri Apple Macbook Pro.

Menurut khabar angin yang tertiris sebelum ini, komputer riba Xiaomi ini dijangka akan datang dalam tiga varian paparan, 12.5-inci, 13.3-inci dan model 15.6-inci.

Ia dijangka paparan kecil komputer riba ini akan melanda pasaran terlebih dahulu dengan harga jualan yang berpatutan untuk menarik perhatian golongan muda.

Sumber rujukan

Comments

comments

Share