Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Yes melancarkan Altitude, telefon pintar pertama di Malaysia yang menyokong VoLTE

Yes-Altitude-01Yes melancarkan Altitude, telefon pintar pertama di Malaysia yang menyokong VoLTE

YTL telah melancarkan telefon pintar tersendiri pertama di Malaysia yang menyokong VoLTE iaitu Yes Altitude. Peranti ini kini dijual di pasaran Malaysia dengan harga yang murah iaitu RM399.

Yes-Altitude-03

Telefon pintar Yes Altitude ini hadir dengan skrin IPS 5-inci dengan paparan HD dan menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.0Ghz, memori 1GB RAM dan memori simpanan dalaman bersaiz 8GB. Bateri peranti ini berkapasiti 2,300 mAh.

Yes-Altitude-02

Kamera belakang Yes Altitude ini adalah 8 megapixel dan 5 megapixel untuk kamera hadapan. Ia menggunakan sistem operasi Android 5.1 Lollipop serta dilengkapi dengan dwi-SIM yang menyokong VoLTE dan 4G LTE.

Bagi mereka yang melanggani pakej Yes pascabayar 88 dengan kontrak, pelanggan akan menerima sebuah Yes Altitude percuma serta dapat menikmati data internet sebanyak 24GB dengan harga langganan RM70 sebulan sahaja.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.